...meniti di bumi Allah...

Thursday, April 8, 2010

aja dpt coklat Daim dari abg

smlm abg balik umah sbb ade meeting esoknya kt ofis KL...sebaik shj abg masuk rumah n nampak aja abg kate ni coklat abg simpan utk aja...rase terharu sgt n nk nangis sbb dia ingt...hari tu dia call n cakap abg ngh makan coklat ni sedap...aja kate la simpan la sikit utk aja...abg tny kene simpan ke...aja ckp kene la...eh eh abg ade satu ke ade banyak..abg ckp ade banyak...so simpan la...tp aja saje je sakat2 abg x de pn rase ape2...tp abg balik bawak balik coklat dlm tgn n first thing he do when reach home is bg aja coklat...dalam hati terima kasih tuhan kerana mengurniakan dia dalam diari hidupku...kasihku padanya adalah kerana kasihku padamu Tuhan...


ya allah ya tuhanku...kau berkatilah keluarga kami...kau kukuhkanlah ikatan kasih syang suami isteri ini...kau berilah caya nur iman di dalam keluarga kami...kau jadikanlah kami pasangan suami isteri yg soleh dan solehah..kau jadikanlah anak2 kami anak2 yg soleh dan solehah...amin ya rabbanal alamin...


thanks dear hubby...may allah bless you always...i love u...


aja...

Wednesday, April 7, 2010

8G PADA LELAKI YG DIBENCI OLEH WANITA

ini diambil dari mail yahoo ku dari zab...

1. Garang (garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas (kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb) Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabrah (tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah?Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo (keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho sangat, dll) Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal (miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri) Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda

Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya

Dok bukak2 email yahoo ni sbb nk bersihkan since dah few years dah x tapis2..hehe...so drpd delete camtu je ape2 email yg dirasakan ilmu might as well aja letak kt dlm blog kan...sekurang2nya terupdate gak blog aja yg dah bersawang nih...hehe...n aja leh tgk balik reference kalau2 perlu kan kan kan...:-)

"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya". Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti:
1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.

Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:
1. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga.
2. Mencari nafkah yang jujur dan berhasil .
3. Pasangan ideal dalam erti;
a. bersikap baik terhadap isteri
b. dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat menerima
kekurangan dan kelemahan isteri
c. dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
d. dapat menjaga kewibawaan isteri
e. dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
f. dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
4. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak.
5. Pasangan yang baik zahir dan batin

Thursday, January 21, 2010

dapat satu blog kegemaran..

thanks to lin...by introducing to hanis mom's blog...hehe...fall in luv wit her blog..."Dunia saya adalah rumahtangga saya. Namun hidup dan hati saya tak kan tenang selagi saya tidak khusyuk dalam solat dan ibadat. '..is hers words...luv i...adore it...
few entries aja da bace jadi rase jatuh cinta n letak niat dlm hati aku nk jadi ibu macam dia...insyaallah...yg baik diambil...yg x baik dijadikan pengajaran insyaallah...
dapat satu resipi dari blog dia...hehe...thanks nanirostam...

Resepi Biskut Cornflakes.
375gm butter
250gm gula icing
1 biji telur
2tsp esen vanila
475gm tepung gandum
50gm tepung kastard
50gm tepung jagung.
Pukul butter, gula icing, telur dan esen vanila kemudian masukkan ketiga-tiga jenis tepung.
Gaul dan bentuk bulat dan leper. Balik-balikkan ke atas cornflakes yang telah di ramas-ramas halus.
Bakar dengan kepanasan 170 darjah celsius selama 15 minit atau sehingga kekuningan.
Angkat dan sejukkan di atas redai.

Wednesday, October 21, 2009

cukuplah setakat ini...

post ni punye tajuk sy pn rase cam sedih je :-)...tp actually mungkin ada hikmah disebaliknya...Dia lebih tahu..kita merancang Dia juga merancang tetapi perancanganNya adalah melebihi segala-galaNya...

post as Engineer was 1 of my ambition last time...cz mase tu x rase target nk kawin ke nk ade anak ke nk ade family ke..jodoh ajal maut ketentuan tuhan...jodoh dtg..kawin..ade anak bina family...title Ir tidak lagi menjadi idaman...but at d first place cam rase nk teruskan juga tp bila tgk sahabat ditepi ni belajar bagai nak rak...itu lom kawin n lom ade anak tu...cam nk pengsan dia sambung belajar...pastu plus plak x de mase depan nk dpt Ir nye kalau still stay kt company ni..so decision msti di buat...

before nk jadi engineer tu penah la nk jadi lawyer...haha...tp alangkah takutnye bila disuruh belajar dan tahu semua sejarah..OMG...is not what i want...hehe..sadly says that i cant full fill as per my late father want but happyly says i did proud him as an engineer..

then, time by time..getting married did complete my life but having my boy after that really complete our life together..hope us will happily ever after and may Allah put the rahmat on us always insyaallah...

be a working mummy looks like senang or ok je...just go thru the experince..then when everytime put d eyes to my boy...evrytime tulah i cant ignore d feelings come in wanna to jaga dia with my own asuhan...but sabar still sabar lagi..mungkin kerana kehendak dunia..kehendak sy dan suami yg inginkan kehidupan yg lebih selesa..dua2 as an engineer buat kami selesa cuma mungkin inginkan lebih dari itu..

nvr mind i suffer a bit..smpailah mr hubby kene posting luar kuala lumpur..mula2 rase ok..tp bila my boy membesar sikit i know he want more attnetion from me..becoz mr daddy only can give the attention on weekends evn though i know in his praying always pray for us...thnks mr hubby..but yet still the baby need the attention more...i felt like i am too selfish when still ignoring him whenever dia need me play with him laugh with him...listen to him wpun bahasa kami berbeza..hehe...tp kerana kepenatan bekerja membuat sy tidak dpt menumpu dgn lebih lama...smbil melihat sj dia bermain sndirian..terasa kekesalan dihati...namun apa kan daya...mami tgh bad mood daa...pitty hem very much...

kdg kala bila nafsu amarah merajai minda..ttb dia kene marah...suddenyly something drop out frm my eyes...mahdi...i am sorry...

then we, me n mr hubby discuss each other..something need to be change or someone need to be changed...we found out tht he need more attention from us of not he will create ape2 je la yg leh buat kita bg attention kt dia trmasuklah scolding him anywhere...i'm sorry again...its not easy...

mr hubby n me decided..i need to stop all this n try new things...berhenti kerja sbg engineer dan cari pekerjaan yg boleh beri masa pada anak especially...pandangan sy hnyalah to be in d taska or operate d taska...hmm..

alhamdulillah we found the advrtsmnt than ask..bincang bincang bincang...we decided to buy...tp ada pula masalah lain...di pihak ketiga pula...anyway...kami serah pada tuhan yg menentukan rezeki kami..insyaallah kami cuba lagi...moga Dia perkenankan...

my target is as per advice from mr hubby...niat utk lebih masa beribadat...insyaallah syg...mnjadi isteri yg solehah juga ibadat katanya...mnjadi ibu yg baik pn ibadat juga katanya...me know tp lebih firm bila dia mengiyakan...insyaallah moga masa ku untuk beribadat kpd tuhan lebih bertambah2...

"Ya Allah ya tuhanKu...perkenankanlah permintaan ku ini..aku ini hambaMu yg dhaif hina lemah lagi banyak dosa...aku tidak mampu berbuat sesuatu jika tidak dgn bantuanMu jika tidak dengan izinMu...berkatilah hidupku dunia akhirat...mudahkanlah ia...hidupkanlah aku dlm IMAN matikanlah aku dalam IMAN...jadikanlah kami sekeluarga anak2 yg soleh solehah, isteri yg solehah suami yg soleh..amin ya robbanal 'alamin.."

Wednesday, September 16, 2009

KISAH MODEN PENUH TELADAN

pg td email cik ct down lagi...adui da sehari dua x dpt bukak FB ni...heee...mmg mabus FB btol la mkcik sorang ni...bukan ape..da lame x jumpa n sembang ngn membe2 seperjuangan dulu2..nk jumpa dah payah...maklumlah life need to be change once we married rite...that was my pandangan lah kot leh dikatakan lah kan..hehe..yela x leh la nk huha sgt cm mase bujengg dulu...suka2 je cik ct nk kua malam balik pg...g lepak ngn kawan2 mase stadi dulu...tdo kul 9mlm kul 12 kua minum ngn kawan2 pastu kul 3.30 stat la stadi secara berjemaah...hehe..kul 5 or pas subuh stat tdo kejap...kul 8 bgn g la kelas balik...huhuhu...tp pape pn ttp itulah kenangan yg best mase zaman bujeng cz mase tu stadi lagi x de komitmen yg berat nk kene pk...stadi je la kalau x bagus efek kt diri sndiri je..tp skang ni komitmen besar...amanah tuhanharus dijaga sebaiknya...insyaallah mudah2an mami akan melaksanakan amanah tuhan ini dengan sebaik2nya..ya allah ya tuhan ku aku tidak berdaya dan tidak mampu melainkan dengan pertolongan mu sahaja tuhan...amin ya rabbal alamin...:)

actually dpt email pg td dari member mase kt itm dulu pasal kisah tauladan zaman moden..mula2 baca tu da rase da keazaman di dalam hati...then rase terpanggil utk dikongsi bersama2..mudah2an kita semua dpt limpahan rahmatNya...

kisah 1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.

2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.

3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.

4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.

5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.

6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.

7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan. Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.

8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.

9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi.

1. Solat Dhuha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation.

2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.

3. Sering membaca Surah Al-Waqiah.

4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.

5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.

6. Suka menolong orang Dan memberi derma.

7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang Penyakit.

8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.

9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

kisah 2 cik ct post kt next entry ek...hayati kisah 1 dulu ek...renung2kan selamat beramal...

Wednesday, August 26, 2009

taip pantas...

38 perkataan

Speed test

Thursday, August 20, 2009

online biz ke buka tadika..

rasa2 hati...pk2...smpai bile la saya nk duduk kt opis ni ngadap bos pagi smpai ptg tp hati kt umah kt anak kt laki...huhuuh...sudahnye ade dlm pale otak ni wt bisnes lah...bisnesss jugakkk...nk benti keje terus cam x sanggup je rasenye...yelah kan nk berjoli kang rase guilty je ngn cik hubby itu karang...cian dia penat2 cari duit tp gue plak yg ngejekan...ngeh3...

pk punya pk rase2 selepas projek dobi ku rase2 nye myb x jadi kot...KOT la...or at least HOLD dulu...hehe..kurase2 nk buat online bisnis nih..ngeh3...ngh blajo2 nih...tp dlm pale otak ni ngh cari2 mane nk attend kursus buka tadika...jeng3....hahahha...kita tungguuuuuu...

mudah2an Allah berkati ape yg aku cuba usahakan ini...amin...Ya Allah Ya Tuhanku berilah aku kekuatan untuk beribadat kepadaMu dan menjadi hambaMu sehamba-hambaNya...Aminn...

Tuesday, August 18, 2009

kiut nye aku...hahaha

gambar ni terase anak dare nye aku...hahahhaa..wal hal da beranak dah...ngeh3...ni gmba mase g skytrex ngn geng2 company mase sport day ritu...ngh tgk2 album jumpe lak gmbo ni...nnt nk korek2 lagi album ni...heheh...

Friday, August 14, 2009

gaya tidur bayi anda

bukak susuibu.com nyer website...cik siti ni mmg suka bukak website tu utk timba ilmu...:-P...ade la satu topik ni citer pasal gaya tdo bayi anda...pastu ade satu reply dari one of the mommies ni yg betul wt saya geli hati...hehe...ni saya paste kt bawah ni...

"Re: Gaya Bayi Anda Tido...
hehehe.. very funny tgk baby tdo!.. my doter tdo pun lasak.. Since dia 4 months, me n hubby dah xleh tdo atas katil.Dah 3 kali jatuh katil, kitorg pun decide tdo je kat bawah.. Tgh tdo, tau2 dia dah nagis dr bwh.. ada skali tu lagi best. I terjaga mlm, dok carik2, mana Aleesya nie,, tau2 dah dpn pintu! tak tau la cane dia leh turun katil.. umo baru 5 bulan masa tue!!! now plak dia dah jd komando! tdo punya lasak.. tp yg paling best if dia tdo style abah dia.. hahaha style abah & aleesya sama!! comey je.. ade skali tue, sempat la i snap pic. hmm Pagi tadi, i bangun tdo carik aleesya.. laa Tdo bwh kaki abah dia.. Paling i risau, dia ske tdo merata2 n lasak.. kalo dia terjaga mlm, mesti dia merayap2.. pnah I terjaga, cari dia, hmmm dah dok dlm wardrobe!!! aiya... ini baby manyak lasak OoOo "


adoyaiii geli hati gue baca citer minah ni citerkan psal ank dia nye tdo...leh lak smpai bawah wardrobe...yg peliknya cmne anak dia leh turun sndiri baru 5 bulan...kalau jatuh x kan x nangis kot...hmmm hebat tul anak dia...

my mahdi ritu sekali la jatuh katil sejak2 da pasang balik saya nye frame katil tu...hik3...tekejut giler denga dia bedebuk...nasib jatuh atas tilam lagi satu tp tinggi la juga katil we all pon...dia x de la cedera cz ade tilam tp agaknye tepanjat kot...tengah syok2 mimpi skali tu golek ke sebelah sane langsung gedebuk...pe lagi melompat la mami n babah dia...kusss semangat...huhuhu...usahleerr buat lagi mahdii oiii...tekujuttt mami ni haaaa...tp dlm pade cemas tu nk tegelak gak...nak gak kate padan muka tula mami suh tdo elok2 x nak denga...hehehe (ape la sang anak itu reti...mami ni ponn...)