...meniti di bumi Allah...: 2010

Monday, June 7, 2010

manusia oh manusia...

as per today it was twice i heard similar story as yesterday...
smlm dan hari ni saya seperti biasa mendengar radio HotFM...hanya sebagai satu wadah utk saya bergelak ketawa dipagi hari...lagu yg berkumandang tidak ada makna sgt cuma saya perlukan cerita2 lawak dipagi hari utk saya start a day with smile...wink :-)
as usual we always terhibur bila mendengar panggilan hangit...tp smlm dan hari ni saya hanya istigfar dan berkata nauzubillah...patutlah zaman sekarang berleluasa kes penceraian...
story 1:
si isteri membuat panggilan hangit utk sang suami..ceritanya begini...isteri ade affair dgn lelaki lain dlm fb..lelaki tersebut menelefon sang suami nk bercakap dgn si isteri..bila suami tanye lelaki tersebut menjawab sy ni kawan dia n nk bawak dia keluar lunch as we promised yesterday in the fb..suami mengaku pulak tu dia abg sbb lelaki tu kate "eh dia kate dia x kawin lagi"..so suami tu pn mengaku la dia abg (dlm hatiku nape la BO*** sgt suami ni)...
suami suruh lelaki call kejap lagi dia nk kasitau 'adik' dia kononya...so dia tanye n soal siasat 'adik' tp 'adik' x mengaku n ckp x tahu...lelaki call balik suami n tanye mane 'adik' dia...suami kate 'adik' dia x kenal pn siape laki tu..suami call balik 'adik' n ckp pasal mahkamah syariah la bla3...
dalam hati saya..kenapa la manusia ni berani nk main2 perkara macam ni...alasan yg diberikan isteri tu selalu bengang sbb suami nye kawan2 selalu tersalah dial no isteri..sbb no mereka berdua hanya beza no terakhir sahaja...jadi isteri nk kenekan suami supaya suami tahu yg betapa bengangnye dia bila org salah no n call siap nk ajak kuar pulak tu...hmm manusia...manusia....

story 2:
girl buat panggilan hangit kt boy (merupakan tunangnya)...dia saje nk test tgk boy tu punye reaction bila exbf girl tu call balik nk amik exgf dia...ceritanya begini...exbf girl ni call boy n kate boy rampas girl tu dari dia...so bla bla bla bergaduh yg biasa2...exbf ajak bertumbuk bergaduh disuatu tempat sbb boy tu ade tekwando..so boy ckp cmni "hey nape kita nk kena bergaduh sbb pompuan nih"...(kalau sy dah tentu saya kecik hati sbb org yg nk kahwin sy ni x nak  bermati2an mahukan sy jadi suri hidupnya..bodo btul girl tu)...boy tu ade kate lagi...skang ni majlis da dekat semua da siap x kan sy nk kansel (ape punya alasan la dia kasi...keciknya hati sy kalau sy ditempat tunangnye)...

kenapa la..sy x faham...kenapa nk main2kan pasangan masing2 dgn cara macam tu...buatnye sang suami tu baran n x leh kawal sabar bab2 gtu...maklum la org2 hot fm ni pn saje2 dia je nk buat kasi org panas...buatnye sang suami tu kate x pelah aku ceraikan dia utk kau..buatnye sang suami x nak dengar ape je isteri tu ckp n kate aku ceraikan kau dan pergilah kau pade teman FB kau itu..hish nauzubillah...kenapalah nk main2 dgn perkara2 macam tu...macam2 bnda leh terjadi...
yg sang tunang pulak..buatnye dia terlepas ckp...la kenape ko nk berebut ngn aku psal pompuan ni..kalau ko nk ko amik la....ko gantikan la tempat aku mase bertunang nnt...aku ni pn sbnanye cam sure x sure je nk kawin...hah!! x ke rase nk pengsan..gelap je rasa alam ni...x ke pengsan girl tu bila denga...hmmm nauzubillah...

buat sang isteri dan si girl tunang...kenapalah nk cari pasal..kenapa nk cari geruh...kan lebih baik perbaiki keadaan daripada sengaja mencari pasal..bukan ke perasaan hasad dengki iri hati cemburu tu perasaan yg syaitan suka...iblis mmg suka melihat suami ister bergaduh...mmg suka melihat perkahwinan x menjadi...mmg suka melihat masjid yg dibina hancur...itulah sifat sang iblis laknatullah...

buat siti hajar mokhtar...ambillah iktibar...jadikan pedoman...mudah2an awak selamat melayari alam perkahwinan ini hingga ke akhirnya...moga2...dialah yg menjadi teman awak sehidup semati sedunia seakhirat...andai dia pergi dulu..dia akan tunggu mu di akhirat kelak utk meniti titian itu..andai awak pergi dulu...akan awak tunggu dia di akhirat kelak...moga awak dan dia akan mendapat keredhaan dariNya...amin..

Thursday, April 8, 2010

aja dpt coklat Daim dari abg

smlm abg balik umah sbb ade meeting esoknya kt ofis KL...sebaik shj abg masuk rumah n nampak aja abg kate ni coklat abg simpan utk aja...rase terharu sgt n nk nangis sbb dia ingt...hari tu dia call n cakap abg ngh makan coklat ni sedap...aja kate la simpan la sikit utk aja...abg tny kene simpan ke...aja ckp kene la...eh eh abg ade satu ke ade banyak..abg ckp ade banyak...so simpan la...tp aja saje je sakat2 abg x de pn rase ape2...tp abg balik bawak balik coklat dlm tgn n first thing he do when reach home is bg aja coklat...dalam hati terima kasih tuhan kerana mengurniakan dia dalam diari hidupku...kasihku padanya adalah kerana kasihku padamu Tuhan...


ya allah ya tuhanku...kau berkatilah keluarga kami...kau kukuhkanlah ikatan kasih syang suami isteri ini...kau berilah caya nur iman di dalam keluarga kami...kau jadikanlah kami pasangan suami isteri yg soleh dan solehah..kau jadikanlah anak2 kami anak2 yg soleh dan solehah...amin ya rabbanal alamin...


thanks dear hubby...may allah bless you always...i love u...


aja...

Wednesday, April 7, 2010

8G PADA LELAKI YG DIBENCI OLEH WANITA

ini diambil dari mail yahoo ku dari zab...

1. Garang (garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas (kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb) Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabrah (tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah?Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo (keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho sangat, dll) Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal (miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri) Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda

Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya

Dok bukak2 email yahoo ni sbb nk bersihkan since dah few years dah x tapis2..hehe...so drpd delete camtu je ape2 email yg dirasakan ilmu might as well aja letak kt dlm blog kan...sekurang2nya terupdate gak blog aja yg dah bersawang nih...hehe...n aja leh tgk balik reference kalau2 perlu kan kan kan...:-)

"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya". Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti:
1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.

Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:
1. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga.
2. Mencari nafkah yang jujur dan berhasil .
3. Pasangan ideal dalam erti;
a. bersikap baik terhadap isteri
b. dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat menerima
kekurangan dan kelemahan isteri
c. dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
d. dapat menjaga kewibawaan isteri
e. dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
f. dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
4. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak.
5. Pasangan yang baik zahir dan batin

Thursday, January 21, 2010

dapat satu blog kegemaran..

thanks to lin...by introducing to hanis mom's blog...hehe...fall in luv wit her blog..."Dunia saya adalah rumahtangga saya. Namun hidup dan hati saya tak kan tenang selagi saya tidak khusyuk dalam solat dan ibadat. '..is hers words...luv i...adore it...
few entries aja da bace jadi rase jatuh cinta n letak niat dlm hati aku nk jadi ibu macam dia...insyaallah...yg baik diambil...yg x baik dijadikan pengajaran insyaallah...
dapat satu resipi dari blog dia...hehe...thanks nanirostam...

Resepi Biskut Cornflakes.
375gm butter
250gm gula icing
1 biji telur
2tsp esen vanila
475gm tepung gandum
50gm tepung kastard
50gm tepung jagung.
Pukul butter, gula icing, telur dan esen vanila kemudian masukkan ketiga-tiga jenis tepung.
Gaul dan bentuk bulat dan leper. Balik-balikkan ke atas cornflakes yang telah di ramas-ramas halus.
Bakar dengan kepanasan 170 darjah celsius selama 15 minit atau sehingga kekuningan.
Angkat dan sejukkan di atas redai.