...meniti di bumi Allah...: September 2009

Wednesday, September 16, 2009

KISAH MODEN PENUH TELADAN

pg td email cik ct down lagi...adui da sehari dua x dpt bukak FB ni...heee...mmg mabus FB btol la mkcik sorang ni...bukan ape..da lame x jumpa n sembang ngn membe2 seperjuangan dulu2..nk jumpa dah payah...maklumlah life need to be change once we married rite...that was my pandangan lah kot leh dikatakan lah kan..hehe..yela x leh la nk huha sgt cm mase bujengg dulu...suka2 je cik ct nk kua malam balik pg...g lepak ngn kawan2 mase stadi dulu...tdo kul 9mlm kul 12 kua minum ngn kawan2 pastu kul 3.30 stat la stadi secara berjemaah...hehe..kul 5 or pas subuh stat tdo kejap...kul 8 bgn g la kelas balik...huhuhu...tp pape pn ttp itulah kenangan yg best mase zaman bujeng cz mase tu stadi lagi x de komitmen yg berat nk kene pk...stadi je la kalau x bagus efek kt diri sndiri je..tp skang ni komitmen besar...amanah tuhanharus dijaga sebaiknya...insyaallah mudah2an mami akan melaksanakan amanah tuhan ini dengan sebaik2nya..ya allah ya tuhan ku aku tidak berdaya dan tidak mampu melainkan dengan pertolongan mu sahaja tuhan...amin ya rabbal alamin...:)

actually dpt email pg td dari member mase kt itm dulu pasal kisah tauladan zaman moden..mula2 baca tu da rase da keazaman di dalam hati...then rase terpanggil utk dikongsi bersama2..mudah2an kita semua dpt limpahan rahmatNya...

kisah 1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.

2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.

3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.

4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.

5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.

6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.

7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan. Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.

8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.

9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi.

1. Solat Dhuha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation.

2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.

3. Sering membaca Surah Al-Waqiah.

4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.

5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.

6. Suka menolong orang Dan memberi derma.

7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang Penyakit.

8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.

9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

kisah 2 cik ct post kt next entry ek...hayati kisah 1 dulu ek...renung2kan selamat beramal...