...meniti di bumi Allah...: July 2009

Thursday, July 30, 2009

Pesanan Imam Al-Ghazali Tentang Calon Isteri {Pedoman & Tauladan}

curi quotes dari member's blog...:-)
jgn marah che mat...aku curik ni dari blog hang...ngeh3...
"Janganlah engkau kahwini wanita yang enam ini... iaitu janganlah engkau kahwini dengan wanita yang Ananah, dan yang Mananah, dan yang Hananah, dan yang Hadaqah, dan yang Baraqah dan yang Syadaqah."
(Imam Al-Ghazali)
Penjelasan Istilah:
1. Wanita ANANAH Banyak mengeluh, mengadu dan setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Bahasa mudah: Suka berlakon/berdrama untuk dapat perhatian.
2. Wanita MANANAH Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Bahasa mudah: Mengungkit.
3. Wanita HANANAH Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. Bahasa mudah: Berkongsi kasih dengan ‘suami simpanan’ (aka skandal) atau bekas suami atau dengan anak daripada ‘suami simpanan’. Nota: Macam mana nak tahu, Wallahu’alam…
4. Wanita HADAQAH Melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memilik barang itu dan memaksa suaminya untuk membeli. Bahasa mudah: Rambang mata dan susahkan suami kerana ingin bermewahan.
5. Wanita BARAQAH Ada dua makna; Pertama, yang sepanjang hari mengilat dan menghias wajahnya. Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya. Bahasa mudah: Bersolek tak kenal masa, tak kenal tempat, tak kenal untuk siapa; Tak mahu makan konon-konon tengah diet (yang ini tambah sendiri, jangan ambil serius!).
6. Wanita SYADAQAH Banyak cakap yang tidak menentu dan bising. Bahasa mudah: Kecoh, suka tukar topik; Ikut emosi sampai buat suami fikir keluar rumah pi minum kedai kopi lagi bagus (yang ini pun tambah sendiri kwang3).
Abe: Pesanan untuk lelaki dan juga perempuan, yang dah kahwin atau pun yang belum. Terutama sekali buat wanita yang belum berkahwin. Pesanan ini telah diberikan oleh Imam Al-Ghazali kepada umat Islam 1000 tahun yang lalu, namun pesanan beliau sangat bersesuaian sekali untuk dijadikan pedoman buat kita yang hidup di zaman moden ini. Renung-renungkanlah…
"ya allah ya tuhanku...jgnlah engkau jadikan aku salah seorang dari wanita2 ini yg tercela di mata Mu...amin.."


Sunday, July 26, 2009

bangle hilang...

white gold bangle present dari hubby hilang...sedihnya la hai...mlm td g discuss ngn agent rumah pasal pembelian rumah tadika itu...bawak la hero kecil ku skali cz sian lak sehari suntuk tinggalkan dia kt umh mase nk cari2 rumah lain tu...
dia punya la x nak duk diam cz da ngantuk sgt kot turun naik..nk tetonggeng la...sang abah pula tgh discuss ngn en ismail (our agent)..jd x nak la kacau dia cz dia tengah berusaha keras memahami ape la sang agent ni ckp process beli rumah ni...so aku la sorang2 melawan hero kecik ni...menggunakan tenaga yg rasenye same kot tenaga ngn cik mahdi ni...aduh anak ku anak panglima...huhuhu...pastu balik la nk amik wudhu cz nk tdokan si kecik tu...skali tu nk basuh tangan..."bangggggggggg...huhuhu gelang aja hilanggggg...isk3...huwaaaa..."...x tau nape rase bersalah menyelinap hati cz it was a gift from him...i know how hard dia kumpul duit utk kasi aku present yg mahal camtu....white gold bangle + bracelet...hmmm...even i did not ask for the expensive present but he said "tak pelah abg beli untuk hajar..."...for my last 25th birthday...
dah hilang ni adoyaiiii bersalah nye la raseee...mula2 tu dtg rase nk marah dia balik cz dia la yg suh pakai je gelang tu even i keep on saying that sayang gelang tu nnt rosak...nanti tercabut diamond cz kalau buat lasak2...tp dia kate pakailah abang beli...i only woar the bangles a few months after 12 sept 08...abg kate "dah lama abg x nampak hajar pakai gelang abg bagi..."..huhu hajar lak kate "ala bang..sayang la...aja pakai gelang ni time2 ade occassion je la ek..."...tp utk make him happy...i wear jugak la gelang itu...then riwayat nya di tangan ku sehingga malam td...huhuhu....cdihnyaaa..hopefully bangles tu terjatuh kt mane2 sekitar rumah ku je...cian dia cari duit pastu aku ilangkan lak...isk3...

Saturday, July 25, 2009

cari rumah lagi da...

hari ni diteruskan process pencarian rumah lagi da...desperately nih...de sape2 leh tolong cari skali x...huhuhu...

Thursday, July 23, 2009

lupe kasitau

lupe kasitau yg lagu yg berkumandang kt blog ni nasyid title "Taubat seorang hamba"...selamat mendengar...

Doa Seorang Wanita Ya Rabbi

once...someone did reply to me regarding doa below...wak...awak karang sendiri ke or ambik dari mane2 website...:-) and i reply to him...amik dari mane ntah...but its sweet and jadi kan doaku...n alhamdulillah...ni doa mase2 dolu2 la kan...hik3...

Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku.
Seorang lelaki yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau.
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU.
Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu.
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.
Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku>tetapi juga menghormati aku.
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi>dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.
Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya.
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta...
Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga.
Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintai-MU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-MU, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifat-MU yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-MU bukan dari luar diriku.
Berilah aku tangan-MU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikanlah aku penglihatan-MU sehingga aku gdapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku mulut-MU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-MU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan, ''Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.''
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.

"Ya Allah ya tuhanku...Kau jadikanlah aku dan suamiku kekasih dunia akhirat...suamiku dunia akhirat...Kau berkatilah perkahwinan kami...limpahkanlah makrifahMu keatas kami ahli keluarga kami...Amin ya rabbanal alamin..."

Ya Allah Ya Tuhanku...

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Wednesday, July 22, 2009

rase desperate sgt nk pindah nih...huhuhu...

smlm g tgk umh kt pandan mewah satu n kat AU5 satu...yg pandan mewah tu aduhaiii memikat hatiku dah nih...tp apakan daya nk kn tunggu jugak sang suami balik dari berjihad (hehe) baru leh wt keputusan nk ke x...dia kene ar balik tgk dulu umh tu bekenan ke idak...nakhoda kapal la katekan...hehe...jeng3

walaupun ngh ade tadika sewa kt sini tp dpt gak aku bayangkan cmne kalau aku duduk sini..bestnye...d view is very nice kt sane...blakang ade padang bola and pdg permainan...kt ujung jalan ade masjid besar...pastu jalan x sibuk...huhuhu nak rumah niii...ya allah ya tuhanku bukakanlah hati suami ku nk beli umh ni...da letihh daa cari2 umah...huhuhu...


pastu lagi satu kt AU5 ni...hmmm even cheaper 30K tp sungguhla rase cam x nak nye duk umh ni...x menarik nyeee...isk3...tp jawapan yg menyakitkan hati dari sang suami "abg rase ok la umah intermidiate tu"...isk3...huwaaa...rase nye da bebaldi2 aku menangis dalam hati nih...tp dek kerana dia lom tgk lagi umh tu n x nak gaduh...so x pe...sabar2...pasni kalau dia x nak gak nvr mind...i wont cari2 lagi....its tiring maaa...the worst is u did find here and there...jumpa org tu org ni...call org tu org ni...tb2 dia kate x nak...reject with all kind of excuses...the most nonsense excuse that he did give me is "toilet dia x de dlm master bedroom"...then what was in my head at that time is "OMG...ya tuhan help me..."..thanks to God...


ni aku paste gak umh AU5 ni...


Tuesday, July 21, 2009

cik mahdi da sembuh

Alhamdulillah...mahdi da sembuh dari demam panas...
ya allah ya tuhanku..Kau jadikanlah anak ku anak yg soleh dan menjadi hambaMu sehamba2Nya...Amin...

susahnya mengucapkan selamat tinggal kepada kenangan...

salam wbt...entry kali ni rase cam syahdu lak...actually yesterday was my bad day...i got headache mikirkan kan pasal rumah peninggalan arwah ayah...hasrat di hati teringin memiliki rumah kenangan tersebut namun apa kan daya Tuhan lebih mengetahui apa yg lebih baik utk aku...moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah ayah Hj Mokhtar b Hj Abd Hamid...alfatihah...amin...
at last i got the conclusion...i need to let it go...kita merancang tuhan juga merancang tapi perancangan tuhan melebihi segalaNya...ya allah ya tuhanku jadikan lah aku ini hambaMu yg sabar menghadapi segala ujianMu...jadikan lah hatiku mampu untuk menanggung ujian yg kau berikan...hanya engkau tempat aku mengadu...hanya engkau tempat aku berserah akan segalanya...semoga tuhan mentakdirkan yg lebih baik dari ini untuk aku...
tinggal lah intan tinggal lah kenangan...walaupun tidak lagi bersama rumah tersebut dia ttp dihatiku...dia ttp ayah yg aku sanjung...berat sungguh utk aku membuat keputusan yg pada awalnya aku menolak habis2an...tp akhirnya...sudah kucuba sudah kuikhtiar sedaya mungkin...
bapak...ingat lagi waktu akak ckp harta bukan segalanya utk kebahagian kita...luangkan lah masa utk akak...i need u more that the properties...and as usual he always reply me "kak...bapak cari ini untuk anak2 bapak juga"...and now its not belong to us anyway...x apelah kan bapak...u still deep in my heart...thanks to u...the efforts that u show us...really make me proud of u...thanks again...May Allah bless u there...
umi...akak mohon maaf tidak dapat pertahankan ape yg umi mahukan...kita belajarlah dari kesilapan...harta dunia tidak menjanjikan apa2 kelak...harta akhirat anak2 umi ini sahaja yg menjanjikan kedudukan kita di sana Insyaallah...semoga keluarga kita diberkati Allah...jgn lah umi risau...selagi hayat akak ada...selagi ditakdirkan Tuhan...selagi diizinkan Dia...i wont let u alone...i will take care of u...ya Allah ya tuhanku...janganlah kau jadikan aku anak yang melupakan jasa org tua ku...jgnlah kau jadikan aku anak yg derhaka...Kau ampunkanlah segala dosa2ku dosa2 kedua org tua ku dan dosa2 ahli keluarga ku...Kau jadikanlah aku anak yg solehah...Kau jadikanlah ahli keluarga ku soleh dan solehah...Kau jadikanlah anak ku anak yang soleh...Kau jadikanlah ahli keluarga ku org2 yg beriman yg Engkau kasihi ya Allah...hanya engkau yg lebih mengetahui akan segalanya...amin ya rabbanal 'alamin...
May Allah Bless us...

Sunday, July 19, 2009

Menanti Di Barzakh

Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman

Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2T
etapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,