...meniti di bumi Allah...: April 2010

Thursday, April 8, 2010

aja dpt coklat Daim dari abg

smlm abg balik umah sbb ade meeting esoknya kt ofis KL...sebaik shj abg masuk rumah n nampak aja abg kate ni coklat abg simpan utk aja...rase terharu sgt n nk nangis sbb dia ingt...hari tu dia call n cakap abg ngh makan coklat ni sedap...aja kate la simpan la sikit utk aja...abg tny kene simpan ke...aja ckp kene la...eh eh abg ade satu ke ade banyak..abg ckp ade banyak...so simpan la...tp aja saje je sakat2 abg x de pn rase ape2...tp abg balik bawak balik coklat dlm tgn n first thing he do when reach home is bg aja coklat...dalam hati terima kasih tuhan kerana mengurniakan dia dalam diari hidupku...kasihku padanya adalah kerana kasihku padamu Tuhan...


ya allah ya tuhanku...kau berkatilah keluarga kami...kau kukuhkanlah ikatan kasih syang suami isteri ini...kau berilah caya nur iman di dalam keluarga kami...kau jadikanlah kami pasangan suami isteri yg soleh dan solehah..kau jadikanlah anak2 kami anak2 yg soleh dan solehah...amin ya rabbanal alamin...


thanks dear hubby...may allah bless you always...i love u...


aja...

Wednesday, April 7, 2010

8G PADA LELAKI YG DIBENCI OLEH WANITA

ini diambil dari mail yahoo ku dari zab...

1. Garang (garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas (kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb) Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabrah (tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah?Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo (keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho sangat, dll) Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal (miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri) Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda

Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya

Dok bukak2 email yahoo ni sbb nk bersihkan since dah few years dah x tapis2..hehe...so drpd delete camtu je ape2 email yg dirasakan ilmu might as well aja letak kt dlm blog kan...sekurang2nya terupdate gak blog aja yg dah bersawang nih...hehe...n aja leh tgk balik reference kalau2 perlu kan kan kan...:-)

"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya". Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti:
1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.

Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:
1. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga.
2. Mencari nafkah yang jujur dan berhasil .
3. Pasangan ideal dalam erti;
a. bersikap baik terhadap isteri
b. dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat menerima
kekurangan dan kelemahan isteri
c. dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
d. dapat menjaga kewibawaan isteri
e. dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
f. dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
4. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak.
5. Pasangan yang baik zahir dan batin